Maksud Dari Huruf Pertama Nama kamu
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
|
A | Ramah
dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan
selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati,
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.
Meskipun begitu marahnya mudah reda. |
B | Selalu
tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya
adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang
menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
tersinggung. |
C | Ramah
dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan
rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. |
D |
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai
cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai
orang lain. |
E | Pandai
dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya
periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya
gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka. |
F | Punya
pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga
sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja. |
G | Kerap
murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar
ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan
ketika rakannya sedang tekun. |
H | Mudah
simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang
lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan
bercita-cita terlalu tinggi. |
I | Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. |
J | Ramah
dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. |
K | Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. |
L | Ramah
dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan
mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa. |
M | Pandai
dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya,
boros dan keras kepala. |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar